Kata alu-aluan pengetua SMK Triang 3,
En.
Assalamualaikum dan salam
sejahtera kepada semua pengunjung. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang ke laman web sekolah kami, Sekolah Menengah Kebangsaan Triang 3
Limpah syukur dirafatkan ke hadrat yang Esa kerana
saya masih diberikan peluang untuk berkongsi secoret kata dengan semua.
Umum telah tahu kala dunia menuntut kepantasan, kita perlu sedar dan merebut segala peluang agar mampu bersaing dengan yang lain untuk hidup yang lebih bermakna dan cemerlang. Dunia yang kian mencabar, sentiasa ketagihkan insan yang lengkap dari segi ilmunya, kuat dari segi mental fizikalnya, tabah dari segi kesungguhannya dan kuat dari segi usahanya. Amatlah mendukacitakan sekiranya manusia yang lahir dari institusi pendidikan ini hanya mementingkan keseronokan lantas lalai terhadap impian ibu bapa mereka, biadap dari segi tutur kata serta miskin dari sikap ingin berbakti kepada masyarakat.
Akhir kata, saya selaku Pengetua SMK Triang 3, berharap semua pihak harus membuka mata,buka hati dan buka minda demi kejayaan pelajar. Ikatan kuat kasih sayang antara ibu bapa dengan anak mereka, hubungan erat antara masyarakat dan warga pendidik pastinya meletakkan kita di landasan yang betul demi melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang di pesada dunia.
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.